Malaysian Psychiatric Association - click for home
Malaysian Psychiatric Association
    About Us | Join Us | Contact Us
Search: 
 
  Home »  In the Press »
 
» About MPA
» President's Message
» In the Press
» Misconceptions
» Mental Health
» Mental Disorders
» Children & Adolescent
» Support & Caring
» Circle of Care
» Upcoming Events
» Early Career Psychiatrist
» Private Psychiatrists
» List of Hospitals
» FAQ
» Interactive Corner
» Newsletters & Bulletins
» Glossary
» Web Resources & Contacts
» Conferences
» Women MH Chapter
» International Society for Bipolar Disorder
» Gallery
» News & Updates
» MPA e-Newsletters
» Materials for Patients
» Announcements
» CPG & Other Guidelines
» Home

 
arrow In the Press

Memahami penyakit Skizofrenia

Date: 12 June 2009

Tajuk: Skizofrenia penyakit mental

Pengarang: Nor Zuraida Zainal dan Jesjeet Singh Gill

Penerbit: Penerbit Universiti Malaya

ISBN: 9789831004692

Pengulas: MOHD. YAHYA MOHAMED ARIFFIN

Adakah anda atau ahli keluarga mahupun kenalan berkelakuan seperti suka tinggal bersendirian, tiada ramai kawan, tidak berkahwin, minat dengan perkara ghaib serta tergolong dalam kelas sosioekonomi yang rendah?

Awas! Itu adalah tanda-tanda awal seseorang itu mungkin mengalami gangguan skizofrenia. Skizofrenia sering disebut sebagai penyakit mental atau psikiatri paling serius dialami manusia.

Kajian menunjukkan pola kehidupan sebegini tidak sahaja berlaku apabila mereka mula mengalami gejala-gejala skizofrenia, malah sejak dari kecil lagi.

Buku ini bertujuan memberi pemahaman dan penerangan mengenai skizofrenia terutama untuk keluarga pesakit itu dan sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan mereka.

Pada bab awal, penulis menjelaskan bahawa penyakit itu banyak terjadi dalam kalangan kelas sosioekonomi rendah kerana terdedah kepada tekanan kehidupan seperti pekerjaan bergaji rendah, penyakit, pemakanan yang tidak seimbang serta kurangnya penjagaan kesihatan.

Bagaimanapun, kadar penghidap penyakit itu adalah kecil iaitu cuma satu peratus atau seorang dalam 100 orang. Menariknya, kadar ini hampir sama di mana-mana negara di serata dunia.

Jika berasaskan peratusan itu, apakah ini bermakna terdapat 260,000 orang tergolong sebagai pesakit skizofrenia di negara ini? (Malaysia mempunyai 26 juta penduduk).

Menurut pengarang, penyakit itu boleh muncul pada sebarang usia tetapi lazimnya bermula pada peringkat remaja atau awal usia dewasa.

Kadar skizofrenia adalah sama antara orang lelaki dan wanita. Namun, lelaki bermula lebih awal, iaitu peringkat remaja manakala wanita boleh mengalami pada umur 20-an.

Skizofrenia menjadikan seseorang berada dalam dunianya sendiri; pada masa yang sama mereka menjauhkan diri dari dunia luar serta mengalami dunia fantasi yang menakutkan diri sendiri.

Dalam bab empat, pengarang menjelaskan pesakit yang mempunyai simptom positif akan mengalami delusi dan halusinasi manakala mereka yang hilang minat dan motivasi serta sukar berkomunikasi dikategorikan sebagai simptom negatif.

Selain itu, pesakit akan mengalami perubahan dari segi pergerakan, kecelaruan perasaan, gangguan fikiran dan hilang kendiri (kenal diri).

Menurut pengarang, pada masa dahulu, skizofrenia dikenali sebagai penyakit yang tidak dapat dirawat dan membawa kesengsaraan serta menimbulkan rasa malu kepada keluarga pesakit.

Penghidap skizofrenia akan mengalami masalah dalam kehidupannya, bukan sahaja melibatkan dirinya tetapi membabitkan keluar keluarga, kawan-kawan serta pekerjaan juga terjejas.

Lazimnya, pesakit skizofrenia dikaitkan dengan pelbagai gambaran negatif seperti orang gila, berbahaya, dirasuk atau liar.

Bagaimanapun, kata pengarang sebilangan mereka yang mengalaminya mempunyai cara berfikir yang unik dan menjadikan mereka bagus dalam bidang seni seperti lukisan malah, mempunyai keistimewaan dalam bidang bahasa dan sangat bagus dalam meluahkan perasaan.

Dalam bab enam, pengarang menjelaskan faktor penyumbang kepada penyakit itu termasuk keturunan, semasa lahir, personaliti, ketidaknormalan saraf otak, sikap keluarga, biokimia, persekitaran dan penyalahgunaan dadah.

Hakikatnya, perkembangan dalam bidang perubatan sejak 50 tahun lalu menunjukkan sudah banyak kajian dan maklumat diperoleh berkaitan penyakit misteri itu.

Hasilnya, penyakit itu sekarang dapat dirawat dan pesakitnya boleh pulih serta hidup seperti orang normal termasuk belajar, bekerja dan berfungsi sebagai ahli keluarga yang berguna.

Pengarang mencadangkan beberapa tindakan yang dapat dilakukan untuk membantu pesakit skizofrenia pulih, seterusnya dapat menjalani kehidupan normal dan gembira di samping keluarga.

Antara kaedah rawatan ialah melalui pengambilan ubat-ubatan, terapi percakapan/terapi individu, terapi keluarga/berkumpulan serta pendidikan gangguan psikiatri.

Pengarang berharap pembaca dapat memahami punca dan gejala penyakit itu, mengetahui cara rawatan, ubat-ubatan dan terapi psikososial yang disediakan oleh pakar psikiatri dan juruterapi.

This article was first published in www.utusan.com.my on 8 June 2009.

MPA disclaim any responsibility of the validity and credibility of the content on this page and although the content is uploaded to the website in good faith, it is not endorsed by MPA and it may not represent the opinion of MPA. For further information please read MPA's full disclaimer here disclaimer


  printer Printer-friendly version   printer Send link to a friend

 
 
| | | |
©Copyright Malaysian Psychiatric Association   2006 - 2011    All rights reserved.
designed & maintained: mobition