Malaysian Psychiatric Association - click for home
Malaysian Psychiatric Association
    About Us | Join Us | Contact Us
Search: 
 
  Home »  Circle of Care »
 
» About MPA
» President's Message
» In the Press
» Misconceptions
» Mental Health
» Mental Disorders
» Children & Adolescent
» Support & Caring
» Circle of Care
» COC Guidelines
» Upcoming Events
» Early Career Psychiatrist
» Private Psychiatrists
» List of Hospitals
» FAQ
» Interactive Corner
» Newsletters & Bulletins
» Glossary
» Web Resources & Contacts
» Conferences
» Women MH Chapter
» International Society for Bipolar Disorder
» Gallery
» News & Updates
» MPA e-Newsletters
» Materials for Patients
» Announcements
» CPG & Other Guidelines
» Home

 
arrow Circle of Care

Laporan Tahunan Kumpulan Sokongan Keluarga 2004

Date: 28 February 2007

Latar belakang

Pada March tahun 2003, satu badan penyelaras kebangsaan ia itu Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Malaysian Mental Health Association telah melancarkan program Kumpulan Sokongan Keluarga untuk pengguna perkhidmatan kesihatan mental.

Kumpulan sokongan keluarga dibentuk dari sukarelawan/sukarelawati, keluarga dan
pengguna perkhidmatan kesihatan mental. Mereka bekerjasama menuju ke arah perkongsian bijak dan saksama dalam pemberian perkhidmatan penjagaan berorientasi kan kepada mempromosi, pencegahan dan penyembuhan. Mereka juga berusaha untuk mendapatkan pengamalan penjagaan yang terbaik dalam perkhidmatan kesihatan mental.

Kumpulan Sokongan Keluarga Daerah Kinta ( KAMI ) Kinta Alliance For The Mentally III telah ditubuhkan pada 30.8.2003 dan merupakan negeri yang kedua setelah Johor yang
menubuhkan kumpulan sokongan keluarga di Malaysia.

Objektif

1. Memberi sokongan emosi

2. Penyediaan informasi
  • Membantu menlngkatkan pengetahuan berkenaan penyakit mental dan perkhidmatan yang ada, membetulkan salah anggapan tentang penyakit mental , memperlingkatkan keupayaan daya tindak dan penyelesaian masalah.


  • 3. Advokasi
  • Bersatu dalam menyumbangkan usaha dalam memperjuangkan hak asasi dan perkhidmatan yang lebih bermutu untuk pesakit mental


  • 4. Pendidikan
  • Mendidik penjaga tentang pengetahuan di bidang Psikiatri dan mudah-mudahan, mereka dapat mengurus penyakit mental ahli keluarga mereka dengan lebih berkesan.


  • Aktiviti

    Kursus Pendidikan Psychoeducation untuk kumpulan sokongan keluarga dianjurkan oleh usaha bersama antara Hospital Bahagia Ulu Kinta dan Pejabat Kesihatan Daerah Kinta. Setiap kursus terdiri daripada 10 kelas dan seliap kelas mengambil masa selama lebih kurang tiga jam. Kursus ini dijalankan pada setiap hari Sabtu bekerja di Klinik Kesihatan Gunung Rapat, Ipoh. Berikutan adalah tajuk-tajuk psychoeducation yang diadakan oleh kumpukan KAMI:

  • Kelas 1 Taklimat & Mengenali reaksi emosi yang normal

  • Kelas 2 Mengenali Penyakit Mental

  • Kelas 3 Schizophrenia & Mood disorders: tanda-tanda dan gejala serta diagnosis

  • Kelas 4 Memahami biologi dan fungsi otak

  • Kelas 5 Kemahiran Penyelesai Masalah dan Komunikasi

  • Kelas 6 Ubat-ubatan

  • Kelas 7 Empati: Memahami pengalaman & perasaan pesakit mental

  • Kelas 8 Penjagaan Diri sebagai Penjaga

  • Kelas 9 Pemulihan dan Penyembuhan.

  • Kelas 10. Advokasi dan Penilaian Kursus

  • Graduan & Penyampaian Sijil


  • Pencapaian

    Sejak penubuhan Kumpulan Sokongan Keluarga sebanyak 45 ahli keluarga pengguna perkhidmatan kesihatan mental dan 43 orang staf perkhidmatan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, jururawat dan sukarelawan telah berjaya menamatkan kursus. Mereka memberikan maklumbalas yang positif terhadap kursus tersebut dan setelah graduan, mereka merupakan tenaga pengajar untuk kursus yang seterusnya.

    Di samping itu, ceramah yang berkaitan dengan kesihatan mental juga di anjurkan oleh KAMI di Klinik Kesihatan Gunung Rapat, lpoh. Tajuk-tajuk termasuk masalah tidur, pengendaiian tekanan, teknik relaksasi, kemahiran keibubapaan.

    Pada 3.4.2004, sebuah forum umum bertajuk "Adolescence - issues and challenges" dan "Program sokongan keluarga di Kinta" di samping huraian tentang perkhidmatan mental di Daerah Kinta telah diadakan di Hotel Casuarina untuk masyarakat di Ipoh dan Daerah Kinta.

    Networking juga diadakan di mana penjaga diberi peluang untuk berkongsi pedih dan pengalaman dengan penjaga yang lain. Sokongan emosi ini menjalinkan perhubungan persahabatan yang erat dan ikhlas di antara anggota KAMI. Mereka juga bersedia berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan penjaga lain dan kerap kali mereka juga merujuk ahli keluarga lain untuk mendapatkan perkhidmatan psikiatri yang sewajarnya.

    Pada masa yang sama, ahli KAMI juga menerbitkan pamphlets yang memberi maklumat tentang penyakit mental dan cara bagaimana mereka boleh mendapat bantuan. Mereka juga berusaha giat untuk mendapatkan liputan massa media yang positif. Contohnya, liputan yang bertajuk "KAMI changes lives of carers" oleh Chan Li Leen dan Christina Koh di surat khabar "STAR" pada tarikh 7 hb Mei, 2004. Dengan liputan positif sedemikian, ramal penjaga yang menderita di dalam kesunyian kerana stigma penyakit mental telah pun berani tampil untuk mendapat rawatan yang berpatutan.

    Halatuju

    Kumpulan Sokongan Keluarga ( KAMI ) adalah dalam usaha bergabung dengan kumpulan sokongan Keluarga di seluruh mereka agar penyatuan ini dapat mendatangkan impak yang lebih berkesan dalam usaka advokasi untuk menuntut layanan dan perkhidmatan yang lebih untuk pesakit mental dan keluarga mereka.

    Usaha berterusan akan dijalankan untuk mempergiatkan aktiviti untuk menambah bilangan ahli kumpulan sokongan keluarga yang baru mengikuti kelas pendidikan.


      printer Printer-friendly version   printer Send link to a friend

     
     
    | | | |
    ©Copyright Malaysian Psychiatric Association   2006 - 2011    All rights reserved.
    designed & maintained: mobition