Malaysian Psychiatric Association - click for home
Malaysian Psychiatric Association
    About Us | Join Us | Contact Us
Search: 
 
  Home »  Circle of Care »
 
» About MPA
» President's Message
» In the Press
» Misconceptions
» Mental Health
» Mental Disorders
» Children & Adolescent
» Support & Caring
» Circle of Care
» COC Guidelines
» Upcoming Events
» Early Career Psychiatrist
» Private Psychiatrists
» List of Hospitals
» FAQ
» Interactive Corner
» Newsletters & Bulletins
» Glossary
» Web Resources & Contacts
» Conferences
» Women MH Chapter
» International Society for Bipolar Disorder
» Gallery
» News & Updates
» MPA e-Newsletters
» Materials for Patients
» Announcements
» CPG & Other Guidelines
» Home

 
arrow Circle of Care

COC Report: Kedai Sihat Sentosa

Date: 20 November 2007

Cadangan penubuhan Kedai Sihat Sentosa telah ditubuhkan oleh Pengarah Hospital Sentosa sendiri iaitu Dr. Abdul Kadir bin Abu Bakar. Beliau telah mencadangkan penubuhan satu Jawatankuasa Job Placement Task Force, Hospital Sentosa Kuching bagi menilai, melatih dan memantau para pesakit yang sesuai. Pelbagai pihak turut serta untuk melaksanakan project ini seperti Unit Pemulihan Carakerja, Unit Kaunseling, Unit Kebajikan Masyarakat, ketua-ketua wad dan termasuk Malaysian Psychiatric Association (MPA). Tujuan penubuhan Kedai Sihat Sentosa ini adalah sebagai alternative untuk mereka dan memberikan suatu peluang pekerjaan untuk para pesakit hospital ini.

Kedai Sihat Sentosa merupakan satu projek yang melibatkan pemulihan pesakit psikiatri melalui penglibatan mereka dalam perniagaan runcit. Ia adalah hasil daripada bantuan dana Malaysian Psychiatric Association.

Bahagian Social Enterprise merupakan bahagian khas yang merancang dan membantu peluang-peluang pekerjaan dalam bentuk perniagaan kepada para pesakit di Hospital Sentosa Kuching. Kedai Sihat Sentosa mula beroperasi pada pertengahan bulan September 2005 dengan bantuan tenaga kerja dua orang pekerja wanita yang terdiri daripada pesakit yang telah dikenalpasti selaku juru wang dan jurujual.

Kemampuan pesakit mengurus Kedai Sihat Sentosa membuktikan bahawa pesakit juga mampu menjalani kehidupan normal seandainya diberi peluang mengaplikasikan kemahiran yang ada pada mereka dengan sebaik-baiknya.

Pihak kami berkeyakinan tinggi Kedai Sihat Sentosa akan lebih maju dan berkembang giat dalam menjadi medan terbaik membentu proses pemulihan pesakit samada dari segi mental dan fizikal. Bantuan dana daripada MPA ini merupakan usaha murni yang wajar diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan peluang pekerjaan dan perniagaan dapat ditawarkan kepada pesakit-pesakit psikiatri yang sedang menjalani proses pemulihan.


Sila muat turun laporan lengkap berikut...

  arrowKedai Sihat Sentosa.pdf (Malay - pdf) [39 Kb]



  printer Printer-friendly version   printer Send link to a friend

 
 
| | | |
©Copyright Malaysian Psychiatric Association   2006 - 2011    All rights reserved.
designed & maintained: mobition