Malaysian Psychiatric Association - click for home
Malaysian Psychiatric Association
    About Us | Join Us | Contact Us
Search: 
 
  Home »  In the Press »
 
» About MPA
» President's Message
» In the Press
» Misconceptions
» Mental Health
» Mental Disorders
» Children & Adolescent
» Support & Caring
» Circle of Care
» Upcoming Events
» Early Career Psychiatrist
» Private Psychiatrists
» List of Hospitals
» FAQ
» Interactive Corner
» Newsletters & Bulletins
» Glossary
» Web Resources & Contacts
» Conferences
» Women MH Chapter
» International Society for Bipolar Disorder
» Gallery
» News & Updates
» MPA e-Newsletters
» Materials for Patients
» Announcements
» CPG & Other Guidelines
» MPA Educational Grant
» Home

 
arrow In the Press

Skizofrenia boleh diubati

Date: 18 November 2008

Penyakit otak dan kekacauan tingkah laku perlukan rawatan holistik, sokongan keluarga

Masyarakat lebih mengiktiraf penyakit barah otak, parkinson atau alzheimer sebagai penyakit manakala skizofrenia dilihat sebagai penyakit mereka yang tidak kuat semangat.

Pakar Perunding Psikiatri dan Epidemiologi, Jabatan Psikiatri Hospital Kuala Lumpur, Dr Salina Abdul Aziz, berkata skizofrenia adalah penyakit otak dan kekacauan tingkah laku yang menjejaskan satu peratus populasi dewasa.

“Di Malaysia kebanyakan mereka adalah wanita yang berusia antara 20 hingga 40 tahun. Pesakit boleh dipulihkan tetapi kebanyakan mereka lewat mendapat rawatan,” katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan skizofrenia menjejaskan 24 juta orang di seluruh dunia dengan kebanyakan mereka berusia antara 15 hingga 35 tahun.

Bagaimanapun, daripada jumlah itu 50 peratus tidak menerima rawatan yang sepatutnya membabitkan 90 peratus dari negara membangun.

Dalam menangani skizofrenia, rawatan awal boleh membantu pesakit pulih seperti sedia kala dan bertindak balas lebih baik dengan ubat.

Malangnya, tidak seperti penyakit lain, skizofrenia tidak diiktiraf sebagai penyakit. Masyarakat cenderung melihat ia penyakit buatan makhluk halus, dipengaruhi saka dan segala macam perkara dari alam mistik.

Kepercayaan ini boleh menjelaskan pesakit skizofrenia kerana pada peringkat awal mereka akan dirujuk kepada bomoh, pawang atau ustaz. Hanya apabila pesakit tidak berupaya disembuhkan menerusi rawatan tradisional barulah mereka dibawa berjumpa pakar psikiatri.

Malangnya, waktu itu ada kalanya ia sudah agak lewat dan pesakit sukar untuk disembuhkan seperti biasa.

Sebenarnya, skizofrenia adalah masalah gangguan neurologi. Sejak dulu, skizofrenia dikenali sebagai penyakit yang progresif. Tanpa rawatan, simptom semakin buruk manakala otak pesakit juga merosot fungsinya.

Secara perubatan, skizofrenia menerangkan keadaan pesakit yang kehilangan isi padu ‘gray matter’ (tisu saraf otak dan tulang belakang yang mengandungi sel saraf dan ia berwarna kelabu) terutama di otak depan (frontal lobes) dan temporal lobes (bahagian otak di atas telinga).

Baru-baru ini, kajian saintis neuro mendapati, pesakit skizofrenia kehilangan 25 peratus gray matter di kawasan itu.

Biasanya, kerosakan akan bermula di lobus tengah sereberum (parietal) atau di sebelah luar (outer) dan merebak ke bahagian otak lain dalam masa lima tahun. Pesakit yang berhadapan dengan masalah kehilangan tisu otak yang teruk akan berhadapan dengan simptom skizofrenia yang teruk termasuk halusinasi, delusi, mendengar suara, berperangai pelik dan murung.

“Skizofrenia memerlukan rawatan holistik. Selain ubat-ubatan, sokongan keluarga untuk membawa pesakit kembali ke alam normal sangat penting. Pemulihan kadar maksimum bergantung pada penyelenggaraan rawatan,” katanya.

Apabila mendapat rawatan, perkara yang paling utama ialah makan ubat mengikut preskripsi. Ini penting kerana didapati 75 peratus penghidap berhadapan dengan kes berulang dalam tempoh satu hingga 18 bulan apabila ubat dihentikan atau mereka tidak mengambilnya secara konsisten.

Kes berulang sebenarnya hanya melewatkan proses untuk pulih. Dalam setiap kes berulang, keadaan pesakit makin teruk.

Skizofrenia sama juga dengan penyakit jantung atau ginjal, memerlukan ubat dan boleh diubati. Bagaimanapun, jika ahli keluarga dan masyarakat melayan mereka dengan merantai kaki atau mengurung dalam bilik, mereka tidak akan sembuh.

This article was first published in www.bharian.com.my.

MPA disclaim any responsibility of the validity and credibility of the content on this page and although the content is uploaded to the website in good faith, it is not endorsed by MPA and it may not represent the opinion of MPA. For further information please read MPA's full disclaimer here disclaimer


  printer Printer-friendly version   printer Send link to a friend

 
 
| | | |
©Copyright Malaysian Psychiatric Association   2006 - 2011    All rights reserved.
designed & maintained: mobition